SOLAT MALAM (TARAWIH dan WITIR) SESUAI TUNTUNAN RASULULLAH SAW.
Menghidupkan bulan Ramadan dengan solat malam adalah amalan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para Salaf as-SoIeh.
Baginda bersabda:
"Barang siapa yang bangun (menghidupkan) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran nescaya diampunkan dosanya yang telah berlalu".
Menurut keterangan dari hadis-hadis sahih bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi -wa-sallam tidak pernah solat malam (qiamullail, tahajjud atau tarawih/qiamu Ramadan) melebihi sebelas rakaat. Ini dapat disahihkan melalui pembuktian dari hadis-hadis sahih yang menerangkan tentang hal yang demikian. Antara hadis-hadis yang dimaksudkan ialah:
- Hadis Pertama (Solat Malam Tidak Melebihi Sebelas Rakaat)
"Dari Abi Salamah bin Abdurrahman bahawasanya beliau bertanya kepada 'Aisyah radiallahu 'anha tentang solat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pada bulan Ramadan maka beliau menjawab; Tidak pernah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sama ada pada bulan Ramadan atau bulan selainnya mengerjakan solat melebihi sebelas rakaat iaitu dengan solat empat rakaat, jangan ditanyakan tentang bagusnya dan panjangnya (solat baginda). Kemudian solat empat rakaat jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya (solat baginda) dan kemudian solat tiga rakaat".
Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah bahawa melalui zahir hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim di atas ini, ia menunjukkan bahawa solat malam Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak melebihi sebelas rakaat iaitu dengan cara empat rakaat dua tasyahhud dan satu salam, baginda duduk bertasyahud setiap dua rakaat tetapi tidak memberi salam (solat empat rakaat satu salam seperti Zohor, Asar dan Isya').
Hadis ini menunjukkan bahawa solat malam tidak melebihi sebelas rakaat tetapi ada katanya dikerjakan dengan cara yang kurang dari sebelas rakaat.
Inilah antara pendapat Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah.
Walaupun ada cara dan dibolehkan solat witir empat rakaat yang menyerupai solat Isya', namun ada pendapat yang melarang berwitir tiga rakaat kerana menyerupai solat Maghrib (dua tasyahud satu salam), mereka berpegang dengan hadis:
"Janganlah berwitir tiga rakaat, ia menyerupai solat Maghrib tetapi berwitirlah lima rakaat".
Hadis di atas ini disahihkan oleh Imam Tahawi, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari 2/385 dan disahihkan juga oleh San'ani dalam Subulus Salam 2/8. Tetapi yang paling rajih ialah tidak duduk di rakaat kedua (tidak membaca tahiyyat) dan terus bangun ke rakaat ketiga kecuali jika ingin memberi salam, kemudian (setelah memberi salam) bangun dan witir satu rakaat sebagaimana hadis:
"(Iaitu) dengan memberi salam setiap dua rakaat dan kemudian solat witir satu rakaat"
Dalil atau hujah bahawa yang paling rajih tidak duduk membaca tahiyyat di rakaat yang kedua bagi yang berwitir tiga rakaat ialah sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Kemudian baginda solat tiga rakaat".
H/R Baihaqi.
B. BEBERAPA CARA SOLAT WITIR MENGIKUT SUNNAH
Ada beberapa cara solat witir yang telah dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam yang wajib diikuti. Cara-cara tersebut ialah:
1. Solat Witir Tiga Rakaat
Walaupun Rasulullah mengerjakan solat witir tiga rakaat namun tidak pernah ada contohnya dari baginda melakukannya dengan dua tasyahhud, tambahan pula hadis yang menerangkan solat cara ini mempunyai kelemahan pada sanadnya. Sebaiknya berwitirlah dengan cara sunnah iaitu:
- Cara Pertama:
Melakukan cara berwitir tiga rakaat iaitu dua rakaat satu salam, kemudian didirikan lagi satu rakaat. Walaupun dibaca dua tasyahhud, tetapi dipisahkan dengan salam pada rakaat yang kedua berdasarkan hadis:
"Solat malam itu dua rakaat dua rakaat, jika salah seorang kamu takut bertembung dengan Subuh maka berwitirlah satu rakaat penyambung apa yang telah dikerjakan".
- Cara Kedua:
Didirikan terus tiga rakaat, tidak duduk untuk bertahiyyat kecuali di rakaat ketiga dengan solat tiga rakaat satu salam iaitu satu tahiyyat dan satu salam berdasarkan hadis: H/R Bukhari 2/382 dan 385. Muslim 2/172. Malik 1/144.
"Rasulullah saw mengerjakan solat witir tiga rakaat, baginda tidak memberi salam kecuali di akhir rakaat".
2. Solat Witir Lima Rakaat
Ada kalanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengerjakan solat witir lima rakaat. Adapun cara-caranya sebagaimana yang telah dicontohkan oleh baginda ialah:
Cara Pertama:
Mendirikan solat witir dengan dua rakaat kemudian dua rakaat dan setelah itu satu rakaat. Iaitu keumuman hadis:
"Solat malam itu dua rakaat dua rakaat, sekiranya salah seorang kamu takut masuk Subuh maka berwitirlah satu rakaat sebagai penutup bagi solat yang telah dikerjakan". H/R Hakim. Lihat: Mustadrak 1/304. Dan Lihat: Fathul Bari 2/481. Ibn Hajar.
Cara Kedua:
Mendirikan solat witir lima rakaat secara berterusan.
"Sesungguhnya baginda solat lima rakaat, baginda tidak duduk (tahiyyat) kecuali di rakaat yang terakhir".
(bersambung), tidak duduk bertahiyyat kecuali di akhir rakaat. Iaitu berdasarkan hadis:
"Solat malam Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tigabelas rakaat, berwitir darinya lima rakaat dan tidak duduk dari setiap rakaat kecuali di akhir rakaat".
3. Solat Witir Tujuh Rakaat
Adakalanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam solat witir tujuh rakaat iaitu dengan cara:
Cara Pertama:
Iaitu solat witir dua rakaat satu salam kemudian dua rakaat lagi satu salam sehinggalah mencapai enam rakaat dan diakhiri dengan satu witir menjadi tujuh rakaat:
"Dan setelah Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam berumur (tua) dan bertambah gemuk baginda berwitir tujuh rakaat".
Lihat: Musnad Abi 'Awanah. 140. Jld. 2. hlm. 54. Dan No 2297. 2/140. Begitu juga pendapat Imam as-Syafie. Lihat: Sunan Abi 'Awanah No. 2298. Jld. 2, hlm. 140.
H/R At-Turmizi dalam as-Sunan. 2/337.
H/R Muslim 2/169-170. Abu 'Awanah 2/321,325. Abu Daud 1/21-211.Nasaii 1/244. Baihaqi 3/30 dan Ahmad.
Cara Kedua:
Iaitu solat witir dengan tujuh rakaat, dilakukan terus-menerus atau bersambung. Baginda tidak duduk tahiyyat kecuali pada rakaat keenam, setelah selesai tahiyyat baginda terus berdiri tidak memberi salam, kemudian di rakaat ketujuh baginda bertahiyyat dan memberi salam. Cara ini berdasarkan hadis:
"Setelah baginda semakin lanjut usia dan lemah baginda solat witir tujuh rakaat, baginda tidak duduk tahiyyat kecuali pada rakaat keenam, kemudian bangkit dan tidak mengucapkan salam, selanjutnya baginda mengerjakan rakaat ketujuh lalu mengucapkan salam".
4. Solat Witir Sembilan Rakaat
Menurut hadis yang sahih, baginda melakukan solat witir sembilan rakaat dengan cara yang berikut:
Cara Pertama:
Baginda solat witir dua rakaat dua rakaat sehingga lapan rakaat, kemudian diakhiri dengan witir satu rakaat. Sebagaimana dasarnya dari hadis:
"Baginda solat sembilan rakaat, baginda tidak duduk (tasyahhud) kecuali pada rakaat yang kelapan".
Cara Kedua:
Solat sembilan rakaat bersambung (terus menerus), tidak duduk kecuali di rakaat kelapan dan bertasyahhud setelah selesai tahiyyat tidak memberi salam tetapi bangun untuk witir satu rakaat sehinggalah bertasyahhud yang kedua kemudian memberi salam.
H/R Muslim No.746. Nasaii 3/40.
H/R Muslim. No. 746. www.rasuldahri.com
5. Solat Witir Sebelas Rakaat
Ada kalanya Rasulullah sallallahu 'alalhi wa-sallam melakukan witir sebelas rakat dengan dua cara:
Cara Pertama:
Dilakukan dengan dua rakaat dua rakaat sehingga mencapai sepuluh rakaat, kemudian mengerjakan witir satu rakaat berdasarkan hadis:
"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam biasa mengerjakan solat pada malam hari sebelas rakaat dan berwitir satu rakaat".
Hadis ini dikuatkan oleh hadis:
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam solat sebelas rakaat pada waktu antara selesai solat Isyak’ (Iaitu waktu yang disebut oleh manusia sebagai 'atamah) sampailah ke Subuh, solat baginda sehingga sebelas rakaat dan mengerjakan solat witir satu rakaat".
Cara Kedua:
Pada solat witir sebelas rakaat pula dikerjakan dengan cara solat empat rakaat empat rakaat dan kemudian melakukan witir tiga rakaat. Ini berdasarkan hadis:
H/R Muslim 736.
“Tidak pernah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam solat di bulan Ramadan dan tidak pula di bulan lainnya melebihi sebelas rakaat, baginda solat empat rakaat, jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya, kemudian solat empat rakaat jangan ditanya panjang dan bagusnya, kemudian baginda solat tiga rakaat".
H/R Bukhari dan Muslim.
C. Waktu Awal dan Waktu Terakhir Solat Witir
Berwitirlah selepas solat Isya' dan sebelum masuk waktu solat Subuh sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:
“Dari Abu Said al-Kudri berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Berwitirlah kamu sebelum kamu menempuh solat Subuh".
"Berwitirlah sebelum fajar"
“Apabila terbit fajar maka telah terlepas semua solat malam dan solat witir maka berwitirlah kamu sebelum terbit fajar".
"Sesungguhnya Allah telah menambah untuk kamu satu solat iaitu witir, oleh itu kerjakanlah witir antara solat Isya' dan sampai solat Subuh"
H/R Ibnu Majah No 466. Muslim 1/209. Hakim 1/301. Abu Daud. Nasaii dan selain mereka. Disahihkan oleh Tirmizi. Lihat; Sunan Tirmizi 2/468. 19.
Disahihkan oleh Hakim dan az-Zahabi.
H/R Tirmizi 2/469.
H/R Ahmad dalam Musnad 397. Dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah No. 108.
"Maka jika salah seorang antara kamu takut masuk waktu Subuh maka solatlah satu rakaat witir sebagai penutup bagi solat yang telah dikerjakan".
"Barang siapa bertembung dengan Subuh dan belum berwitir maka tiada witir lagi baginya".
H/R Malik 1/144. Bukhari 2/382 dan 385. Muslim 2/172. Dan Abu Awanah dalam Musnad 2/330-331.
Hadis ini disahihkan oleh Hakim mengikut syarat Muslim dan disepakati oleh az-Zahabi. Lihat: Sunan at-Tirmizi. Jilid 2. hlm. 333.
(Ref: http://www.docstoc.com)
SOLAT MALAM (TARAWIH dan WITIR) SESUAI TUNTUNAN RASULULLAH SAW.
Follow @wahyu_winoto
0 komentar:
Post a Comment